Made with Tripod.com

Bicara Seks

 

Kandungan

Peringatan Al Quran dan Hadis
Perkembangan seks remaja
Baligh dan Persoalannya
Kesan dan pengaruh internet terhadap seks
Kejadian manusia
Mengenal organ seks manusia
Masalah seks
Teknik dan stail
Jenayah seks 
Jenayah buang bayi;
Hukum dan undang-undang berkaitan seks
Pendidikan seks
Agensi Pembenteras Jenayah Seks
Sumber Bicara Seks
Melayu Boleh?
Kehamilan
Penyakit kelamin
Petikan rencana berkaitan
Sedutan Akhbar Tempatan 
Majalah-majalah yang membicarakan seks

 

Sepatah kata :

Seks adalah sebahagian daripada perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Kita dilahirkan dengan organ seks dengan alat jantina yang berbeza di antara lelaki dan wanita. Allah mengurniakan kecenderungan terhadap pasangan jantinanya, lelaki cenderung kepada wanita dan wanita cenderung kepada lelaki.

Hubungan seks adalah keperluan bagi manusia lelaki dan wanita yang telah mencapai umur kematangan dan memasuki alam dewasa. Kecenderungan untuk menikmati hubungan seks dan mengalaminya terlalu awal khususnya ketika remaja lagi akan menjerumuskan manusia muslim dan beriman ke lembah maksiat dan bergelumang dengan dosa.

Hubungan seks yang ditempuhi setelah melangkah ke alam perkahwinan amat dituntut oleh syara' dan menjadi ibadah. Perkahwinan atau pernikahan akan menghindarkan lelaki dan wanita daripada manusia durjana dan pengikut syaitan.

Seks adalah aktiviti yang memungkinkan manusia menyambungkan keturunan, meninggalkan waris dan membanyakkan kerabat. Oleh itu pilihlah jalan yang selamat dengan menyegerakan perkahwinan dan menghindarkan pergaulan bebas.


Nikamati Seks Secara Halal
Allah mengharamkan zina

Apa sudah jadi?

Amat memilukan dan menyedihkan kerana jenayah seks hari ini telah berlaku secara terang-terangan dan membiak dengan banyak tidak mengenal peringkat umur. Ia boleh berlaku di mana jua dan kepada sesiapa jua. Kita boleh menyaksikan jenayah seks dilakukan oleh remaja di bawah umur. Pencabulan oleh orang yang sudah lanjut usia.

Jenayah seks berlaku di lautan, daratan dan di udara. Tidak mengira masa pagi, petang, siang atau malam. berlaku di hutan atau di pekan, di kampung atau dibandar. Dilakukan oleh orang yang tidak mendapat pendidikan secukupnya. Dilakukan secara terhormat oleh orang yang mendapat pendidikan yang tinggi.

Alahai dunia...

 

Barang siapa yang beramal sebesar zarah kebaikan akan dibalas

Dan barang siapa yang beramal sebesar zarah kejahatan akan dibalas

Harus diingat bahawa setiap perbuatan manusia samada besar atau kecil buruk atau baik akan dicatat, dihitung, dan ditimbang amal dan mendapat balasan.

Laman ini masih dalam pembinaan..
Harap bersabar.

Webmaster:
Clone2003


Hit Counters